Thursday, December 10, 2009

Bengkel Adobe Photoshop

Tarikh : 16hb November 2009
Hari : Isnin
Masa : 2.00pm - 5.00pm
Tempat : Pusat Internet Desa Kuala Kurau


Objektif Program :
1. Program ini diadakan adalah untuk memberi pengetahuan kepada peserta-peserta untuk mempelajari penggunaan Adobe Photoshop.
2. Permulaan program, peserta diberikan asas dalam Adobe Photoshop. Peserta di ajar untuk mengedit gambar seperti mengubah warna, memberi kesan terhadap gambar, mengubah kedudukan di dalam gambar dan sebagainya.
3. Keseluruhan program, peserta dapat memahami sepanjang pembelajaran dijalankan. Selepas program diadakan, terdapat peserta yang datang sendiri ke PIDKK memaklumkan mereka dapat mempraktikkan sendiri penggunaan Adobe Photoshop dengan sendiri di rumah dan hasilnya sangat memuaskan.

Bengkel Asas Komputer Kanak-Kanak

Tarikh : 21hb November 2009
Hari : Sabtu
Masa : 9.30am - 11.30am
Tempat : Pusat Internet Desa Kuala Kurau
Objektif Program :
1. Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk melatih kanak-kanak seawal umur 6 tahun mengenali komputer dan aplikasi-aplikasinya.
2. Memberi peluang kepada peserta mempelajari asas komputer seperti Microsoft Word, Microsoft Excel, Microsoft Powerpoint, Microsoft Publisher, Paint dan sebagainya.
3. Di akhir program, di adakan Pertandingan Melukis dan Mewarna menggunakan paint. Peserta-peserta begitu teruja semasa pertandingan di samping dapat mempelajari ilmu dan pengalaman baru.

Bengkel Asas Komputer Warga Emas

Tarikh : 20hb November 2009
Hari : Jumaat
Masa : 3.00pm - 5.30pm
Tempat : Pusat Internet Desa Kuala Kurau
Objektif Program :
1. Tujuan Bengkel Asas Komputer Warga Emas diadakan adalah untuk memperkenalkan ilmu Asas Komputer di samping memberi peluang warga emas mempelajari selok-belok menggunakan komputer.
2. Permulaan bengkel ini adalah dengan memperkenalkan alatan yang terdapat pada komputer berserta fungsi-fungsinya. Kemudian peserta diberi peluang untuk menggunakan serta mempraktikkan dengan diberi latihan menaip menggunakan Microsoft Word. Selain itu, latihan menggunakan Microsoft Excel dan Powerpoint juga turut diberikan.
3. Keseluruhan program berjalan dengan lancar di atas kerjasama yang mereka berikan. Peserta-peserta begitu teruja semasa program berlangsung serta menunjukkan kesungguhan untuk mempelajari ilmu asas komputer.

Bengkel Portal PID

Tarikh : 19hb November 2009
Hari : Khamis
Masa : 2.00pm - 5.00pm
Tempat : Pusat Internet Desa Kuala Kurau
Objektif Program :
1. Bertujuan memperkenalkan Portal PID dan fungsi-fungsi yang terdapat di dalam portal. Sebelum ini, PIDKK telah memperkenalkan Portal PID semasa e-Services Fasa 3. Tetapi atas permintaan komuniti yang tidak dapat hadir semasa e-Services Fasa 3 berlangsung, maka untuk Minggu GEW ini, sekali lagi diadakan Bengkel Portal PID.
2. Bengkel ini adalah untuk menggalakkan komuniti dan usahawan-usahawan di Kuala Kurau menggunakan aplikasi-aplikasi yang terdapat di dalam portal di samping dapat menjana pendapatan.

Wednesday, December 9, 2009

Bengkel e-Banking

Tarikh : 18hb November 2009
Hari : Rabu
Masa : 2.00pm - 5.00pm
Tempat : Pusat Internet Desa Kuala Kurau

Peserta yang hadir :
1. Nurul Atikah Binti Jamil
2. Nurul Athirah Binti Jamil
3. Mohd Nor Akhmal Bin Mat Saad
4. Zurina Binti Awang
5. Saab Bin Ab.Raman
6. Serifah Binti Jaafar
7. Maishah Bin Maidin
8. Salbiah Binti Md.Kamis
9. Fatin Binti Zainudin


Penerangan Aktiviti :

1. Bengkel dimulakan dengan menerangkan serba sedikit mengenai perkara asas yang perlu dilakukan sebelum kita dapat menggunakan perkhidmatan ebanking. Untuk membuka akaun secara online, mereka perlu pergi ke bank untuk mendaftar diri melalui mesin ATM. Namun, ada juga bank yang tidak perlu ke bank untuk memerlukan pelanggannya untuk mendaftarkan diri melalui mesi ATM, dengan hanya mengisi borang di atas talian sahaja. Dalam bengkel ini, para peserta telah ditunjukkan bagaimana untuk mendaftar masuk ke dalam ebanking. Hampir semua bank mempunyai sistem yang hampir sama. Mereka ditunjukkan bagaimana untuk melihat baki duit serta bagaimana untuk melakukan transaksi, membayar bil-bil, menghantar duit ke akaun orang lain, membayar kad kredit, membeli tambah nilai telefon bimbit dan sebagainya. Di akhir bengkel, peserta dijamukan dengan jamuan makan dan minum serta bergambar beramai-ramai.



Pertandingan Mengira Menggunakan Kalkulator Komputer

Tarikh : 24hb Oktober 2009
Hari : Sabtu
Masa : 10.30am - 12.00 t/hari
Tempat : Stadium Bakri Rais Bota, Perak


Keterangan Aktiviti :

1. Pertandingan ini dibuka kepada peserta sekolah rendah dan menengah.
2. Pertandingan ini memerlukan peserta mengira soalan kira-kira menggunakan kalkulator komputer. Terdapat 10 soalan disediakan untuk seorang peserta. Peserta perlu melengkapkan semua soalan dalam masa 20 minit. Setelah selesai, pihak pengurusan pertandingan akan mengadili setiap jawapan peserta. Peserta yang mempunyai markah tertinggi akan memenangi pertandingan tersebut.


Soalan bagi Pertandingan Mengira Menggunakan Kalkulator Komputer


Gambar sekitar pertandingan :



Pemenang bagi pertandingan tersebut

Tuesday, December 8, 2009

Pertandingan Teka Silang Kata ICT

Tarikh : 24hb Oktober 2009
Hari : Sabtu
Masa : 11.00am - 12.30 t/hari
Tempat : Stadium Mini Bakri Rais, Bota, Perak
Penerangan Aktiviti :
1. Pertandingan Teka Silang Kata ICT ini dibahagikan kepada 2 kategori iaitu bawah 12 tahun dan 12 tahun ke atas.
2. Penyertaan bagi kategori 12 tahun ke bawah adalah seramai 25 orang dan bagi kategori 12 tahun ke atas adalah seramai 27 orang. Jumlah peserta adalah seramai 52 orang.

Soalan Teka Silang Kata Bagi Kategori 12 tahun ke bawah

Soalan Teka Silang Kata Bagi Kategori 12 tahun ke atas



Aksi peserta ketika berlangsungnye pertandingan