Tuesday, December 8, 2009

Pengenalan Pusat Internet Desa Kuala Kurau

Pusat Internet Desa Kuala Kurau adalah dalah sebuah daripada 42 Pusat Internet Desa di seluruh Malaysia yang ditubuhkan oleh Kementerian Tenaga, Air & Komunikasi (KTAK) yang kini dikenali sebagai Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan (KPKK). Lokasinya terletak di sebelah Pos Malaysia Berhad Cawangan Kuala Kurau. PIDKK secara rasminya telah ditubuhkan pada bulan November 2003 dan mula beroperasi sepenuhnya pada bulan Januari 2004. Anta kelebihannya adalah kerana lokasi yang strategik dari segi keselamatan fizikal di samping menjadi tumpuan komuniti. Antara peralatan yang terdapat di PIDKK ialah :
  • 7 unit komputer peribadi
  • 2 unit komputer riba
  • 3 unit pencetak
  • 1 unit mesin pengimbas
  • 1 unit kamera digital
  • 1 unit mesin fotostat
  • 1 unit mesin faksimili
  • 5 unit card reader
  • 2 unit headphone
  • 1 unit mesin laminate
  • Perkhidmatan wireless

Sasaran pengguna PIDKK ialah warga emas, wanita, belia, kakitangan kerajaan serta khusus untuk pertanian, pendidikan dan keusahawanan. Bagi setiap kategori, mereka akan didedahkan dengan pengetahuan mengenai internet, emel dan maklumat lain yang berkaitan. selain daripada itu, PIDKK juga telah melancarkan sebuah kelab iaitu Kelab Usahawan Sosial di mana tujuan penubuhan kelab ini adalah :

  • Meluaskan jangkauan perkhidmatan PID kepada masyarakat setempat seterusnya memperkasakan masyarakat untuk melakukan aktiviti yang memberi impak positif kepada sosial, ekonomi dan alam sekitar mereka;
  • Untuk membantu masyarakat memahami konsep keusahawan sosial;
  • Sebagai platform untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan berkaitan keusahawanan sosial;
  • Untuk melahirkan usahawan-usahawan baru termasuk usahawan sosial.

Yang terkini, PIDKK telah mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Kewangan untuk melaksanakan Sistem ePerolehan. Ini bertujuan memudahkan masyarakat setempat dalam membuat urursan yang berkaitan dengan ePerolehan seperti pendaftaran pembekal/perunding, permohanan online untuk Sijil Digital, eBidding dan lain-lain lagi.

No comments:

Post a Comment