Tuesday, December 8, 2009

PID Entrepreneurship Fair 2009

PID Entrepreneurship Fair 2009 adalah sebuah program keusahawanan yang telah dilancarkan pada tahun 2008. Ianya melibatkan penyertaan aktif warga PID dan komuniti setempat dalam melaksanakan pelbagai aktiviti bertemakan keusahawanan.
Untuk tahun ini, PID Entrepreneurship Fair dianjurkan sekali lagi untuk tahun ke - 2 oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan bermula 16hb hingga 22hb November 2009.
Matlamat utama program ini adalah untuk melahirkan para usahawan baru di kalangan komuniti luar bandar dan memupuk minda keusahawanan yang bukan sahaja dapat mewujudkan komuniti yang bardaya saing malah dapat menzahir dan membantu melaksanakan agenda negara untuk melahirkan rakyat Malaysia yang inovatif dan berwawasan.
Selaras dengan aspirasi mewujudkan usahawan global, PID Entrepreneurship Fair 2009 mengambil pendekatan yang berbeza. Jika pada tahun pertama, warga PID hanya terlibat dalam perlaksanaan aktiviti keusahawanan, tahun ini memperlihatkan keupayaan warga PID dalam merangka, mentadbir sekaligus melaksanakan aktiviti-aktiviti keusahawanan.
PID Entrepreneurship Fair 2009 telah dibahagikan kepada 3 segmen khusus iaitu :
i) PID Grassroots Entrepreneurship Challenge '09
Pertandingan yang memaparkan inisiatif kreatif usahawan tempatan.
ii) PID New Entrepreneurship Award '09
Acara untuk mengiktiraf pencapaian para usahawan tempatan. Bagi segmen ini, PID Kuala Kurau telah menghantar wakil seorang usahawan Mee Kuning, Tuan Haji Asmawi bin Ishak. Beliau telah berkecimpung dalam bidang ini selama lebih daripada 10 tahun.
iii) PID Digital Storytelling Award '09
Inisiatif yang mencabar kreativiti komuniti/pengguna PID untuk menerbitkan Penceritaan Digital melalui PID Digital Story Telling Award '09.

No comments:

Post a Comment