Thursday, December 10, 2009

Bengkel Asas Komputer Warga Emas

Tarikh : 20hb November 2009
Hari : Jumaat
Masa : 3.00pm - 5.30pm
Tempat : Pusat Internet Desa Kuala Kurau
Objektif Program :
1. Tujuan Bengkel Asas Komputer Warga Emas diadakan adalah untuk memperkenalkan ilmu Asas Komputer di samping memberi peluang warga emas mempelajari selok-belok menggunakan komputer.
2. Permulaan bengkel ini adalah dengan memperkenalkan alatan yang terdapat pada komputer berserta fungsi-fungsinya. Kemudian peserta diberi peluang untuk menggunakan serta mempraktikkan dengan diberi latihan menaip menggunakan Microsoft Word. Selain itu, latihan menggunakan Microsoft Excel dan Powerpoint juga turut diberikan.
3. Keseluruhan program berjalan dengan lancar di atas kerjasama yang mereka berikan. Peserta-peserta begitu teruja semasa program berlangsung serta menunjukkan kesungguhan untuk mempelajari ilmu asas komputer.

No comments:

Post a Comment