Tuesday, December 8, 2009

Bengkel Blog

Tarikh : 17hb November 2009
Hari : Selasa
Masa : 2.00pm hingga 5.00pm
Tempat : Pusat Internet Desa Kuala Kurau

Peserta yang hadir :
1. Nurul Atikah Binti Jamil
2. Nurul Athirah Binti Jamil
3. Mohd Nor Akhmal Bin Mat Saad
4. Zurina Binti Awang
5. Saab Bin Ab.Raman
6. Zabedah Binti Ismail
7. Mohd.Saat bin Hashim
8. Kamsiah Binti Abdullah Sharri
9. Laili Binti Mat Yatim
10. Serifah Binti Jaafar
11. Maishah Bin Maidin
12. Salbiah Binti Md.Kamis
13. Fatin Binti Zainudin

Penerangan Aktiviti :
Bengkel Blog ini diadakan bertujuan mempelajari apa itu blog dan fungsinya. Bengkel bermula pada jam 2.00pm dan dimulakan dengan sesi memperkenalkan diri. Kemudian bengkel diteruskan oleh Pengurus PIDKK, Encik Mohamad Hadir bin Hassan bagi menerangkan cara-cara penyediaan email sebelum sesebuah blog dapat dibina. Peserta di ajar bagaimana untuk membuat email mereka menggunakan yahoo. Peserta dibahagikan kepada 7 kumpulan dengan satu kumpulan terdiri daripada 2 orang. Encik Hadir menerangkan langkah pertama yang perlu dilakukan oleh kumpulan-kumpulan peserta bagi mendapatkan laman web yahoo. Setelah paparan laman web yahoo terpapar, peserta disuruh untuk klik pada bahagian sign up untuk mendaftarkan diri mereka sebelum akaun email siap. Para peserta mendapat penerangan bagaimana mengisi ruang-ruang di dalam ruang pendaftaran. Setelah selesai para peserta di ajar mengingati email yang telah dihasilkan. Akhir sekali, setelah email disiapkan dan para peserta faham fungsi-fungsi email disediakan maka kelas diteruskan oleh Penolong Pengurus PIDKK, Cik Zatul Immah Jamaludin. Pada akhir bengkel, peserta dijamukan dengan hidangan makanan. Peserta juga bergambar bersama Pengurus dan Penolong Pengurus.


Gambar Sekitar Berlangsungnya Bengkel



PID Entrepreneurship Fair 2009

PID Entrepreneurship Fair 2009 adalah sebuah program keusahawanan yang telah dilancarkan pada tahun 2008. Ianya melibatkan penyertaan aktif warga PID dan komuniti setempat dalam melaksanakan pelbagai aktiviti bertemakan keusahawanan.
Untuk tahun ini, PID Entrepreneurship Fair dianjurkan sekali lagi untuk tahun ke - 2 oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan bermula 16hb hingga 22hb November 2009.
Matlamat utama program ini adalah untuk melahirkan para usahawan baru di kalangan komuniti luar bandar dan memupuk minda keusahawanan yang bukan sahaja dapat mewujudkan komuniti yang bardaya saing malah dapat menzahir dan membantu melaksanakan agenda negara untuk melahirkan rakyat Malaysia yang inovatif dan berwawasan.
Selaras dengan aspirasi mewujudkan usahawan global, PID Entrepreneurship Fair 2009 mengambil pendekatan yang berbeza. Jika pada tahun pertama, warga PID hanya terlibat dalam perlaksanaan aktiviti keusahawanan, tahun ini memperlihatkan keupayaan warga PID dalam merangka, mentadbir sekaligus melaksanakan aktiviti-aktiviti keusahawanan.
PID Entrepreneurship Fair 2009 telah dibahagikan kepada 3 segmen khusus iaitu :
i) PID Grassroots Entrepreneurship Challenge '09
Pertandingan yang memaparkan inisiatif kreatif usahawan tempatan.
ii) PID New Entrepreneurship Award '09
Acara untuk mengiktiraf pencapaian para usahawan tempatan. Bagi segmen ini, PID Kuala Kurau telah menghantar wakil seorang usahawan Mee Kuning, Tuan Haji Asmawi bin Ishak. Beliau telah berkecimpung dalam bidang ini selama lebih daripada 10 tahun.
iii) PID Digital Storytelling Award '09
Inisiatif yang mencabar kreativiti komuniti/pengguna PID untuk menerbitkan Penceritaan Digital melalui PID Digital Story Telling Award '09.

Latihan e-Services Komuniti

LATAR BELAKANG
Latihan e-Services untuk Pengurus\, Penolong Pengurus dan dua orang wakil dari setiap PID telah selesai dilaksanakan. Latihan tersebut telah diadakan secara berperingkat iaitu :


Fasa 1
Latihan Portal PID telah diadakan di tiga lokasi iaitu Pusat Latihan UiTM, Perak (15-16 Disember 2008), Gem Beach Hotel, Terengganu (13-14 Februari 2009) dan Tanjung bungah Beach Hotel, Pulau Pinang (5-8 Mac 2009).

Fasa 2
Latihan e-government, e-commerce dan e-learning yang telah diadakan di Tanjung Bungah Beach Hotel, Pulau Pinang (5-8 Mac 2009).


OBJEKTIF & SASARAN
Latihan e-services Fasa 3 yang akan dilakukan di PID bertujuan untuk menggalakkan komuniti menggunakan PID bagi mengakses pelbagai perkhidmatan elektronik dan menggunakan Portal PID dengan sepenuhnya.

Latihan e-Services Fasa 3 di PIDKK
Latihan e-Services Fasa 3 di PIDKK telah berlangsung selama 6 hari bermula 15hb Jun hingga 20hb Jun 2009. Penyertaan daripada komuniti dan usahawan-usahawan Kuala Kurau begitu menggalakkan. Aktiviti berjalan lancar dengan kerjasama sepenuhnya dari AJK PID, komuniti dan usahawan-usahawan di Kuala Kurau. Sepanjang berlangsungnya program, aktiviti yang dijalankan adalah memperkenalkan fungsi-fungsi Portal PID.


Paparan video semasa eServices Fasa 3 berlangsung

Pengenalan Pusat Internet Desa Kuala Kurau

Pusat Internet Desa Kuala Kurau adalah dalah sebuah daripada 42 Pusat Internet Desa di seluruh Malaysia yang ditubuhkan oleh Kementerian Tenaga, Air & Komunikasi (KTAK) yang kini dikenali sebagai Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan (KPKK). Lokasinya terletak di sebelah Pos Malaysia Berhad Cawangan Kuala Kurau. PIDKK secara rasminya telah ditubuhkan pada bulan November 2003 dan mula beroperasi sepenuhnya pada bulan Januari 2004. Anta kelebihannya adalah kerana lokasi yang strategik dari segi keselamatan fizikal di samping menjadi tumpuan komuniti. Antara peralatan yang terdapat di PIDKK ialah :
  • 7 unit komputer peribadi
  • 2 unit komputer riba
  • 3 unit pencetak
  • 1 unit mesin pengimbas
  • 1 unit kamera digital
  • 1 unit mesin fotostat
  • 1 unit mesin faksimili
  • 5 unit card reader
  • 2 unit headphone
  • 1 unit mesin laminate
  • Perkhidmatan wireless

Sasaran pengguna PIDKK ialah warga emas, wanita, belia, kakitangan kerajaan serta khusus untuk pertanian, pendidikan dan keusahawanan. Bagi setiap kategori, mereka akan didedahkan dengan pengetahuan mengenai internet, emel dan maklumat lain yang berkaitan. selain daripada itu, PIDKK juga telah melancarkan sebuah kelab iaitu Kelab Usahawan Sosial di mana tujuan penubuhan kelab ini adalah :

  • Meluaskan jangkauan perkhidmatan PID kepada masyarakat setempat seterusnya memperkasakan masyarakat untuk melakukan aktiviti yang memberi impak positif kepada sosial, ekonomi dan alam sekitar mereka;
  • Untuk membantu masyarakat memahami konsep keusahawan sosial;
  • Sebagai platform untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan berkaitan keusahawanan sosial;
  • Untuk melahirkan usahawan-usahawan baru termasuk usahawan sosial.

Yang terkini, PIDKK telah mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Kewangan untuk melaksanakan Sistem ePerolehan. Ini bertujuan memudahkan masyarakat setempat dalam membuat urursan yang berkaitan dengan ePerolehan seperti pendaftaran pembekal/perunding, permohanan online untuk Sijil Digital, eBidding dan lain-lain lagi.